Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Wanita Pertama Filipina akan memainkan peranan penting

    MANILA, 27 JUN – Wanita pertama baharu Filipina, Louise Araneta-Marcos menegaskan bahawa dia tidak berminat untuk menyertai kerajaan suaminya, namun para pemerhati berkata dia berkemungkinan mempunyai pengaruh besar.

    Peguam berusia 62 tahun, dengan nama gelaran ‘Liza’, itu menjauhi diri daripada tumpuan utama dan jarang memberi temu bual media.

    Bagaimanapun beliau bukanlah seorang pemalu.

    Tegas, pintar dan biasa mendapat apa yang dimahukan, Liza secara meluas dipercayai menjadi arkitek kepada kempen suaminya, Ferdinand  ‘Bongbong’ Marcos Jr bagi jawatan tertinggi itu, selepas mengetepikan ibunya Imelda yang berpengaruh dan kakaknya Imee, seorang senator.

    Dan Liza, yang tidak memberi respons kepada permintaan bagi temu bual, berkemungkinan mengekalkan pengaruhnya selepas suaminya mengangkat sumpah pada Khamis, menurut para pemerhati dan orang yang mengenalinya.

    Gambar bertarikh 25 Mei 2022 menunjukkan Louise Araneta-Marcos, isteri bakal presiden Ferdinand Marcos Jr, berbual semasa proklamasi presiden di Dewan Perwakilan di Bandar Quezon, sub bandar Manila. – AFP

    “Liza seorang yang tegas, dalam banyak cara dia adalah tulang belakang BBM,” kata Michael Marcos Keon, sepupu Marcos Jr dan datuk bandar di Bandar Laoag, ibu negara kubu kuat di utara negara itu, wilayah Laoag. BBM adalah akronim bagi Marcos Jr.

    “Saya tidak rasa dia membuat sebarang keputusan tanpa bercakap dengan isterinya,” kata seorang peguam di Manila yang menghadiri universiti bersama Liza.

    “Dia (Liza) akan menjadi penasihat pertama, suara pertama untuk didengar, suara terakhir untuk didengar.”

    Liza dikhabarkan mempunyai hu-bungan dingin dengan Imelda yang berusia 92 tahun dan kakak Marcos Jr, kedua-duanya tidak kelihatan semasa perhimpunan kempen presiden.

    “Jelas bahawa dia (Liza) bertanggungjawab terhadap kempen dan dia mempunyai personaliti dan dia mendapat apa yang dimahukannya,” kata seorang pemerhati.

    Liza dan Marcos Jr berkahwin di Itali pada 1993 dan mempunyai tiga anak lelaki. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekolah ditutup di Manipur, India susulan hujan lebat

    NEW DELHI, 6 MEI - Semua institusi pendidikan, termasuk sekolah dan kolej akan kekal ditutup di negeri Manipur, timur laut India sehingga esok berikutan...