Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Bagnaia lakar kemenangan MotoGP Belanda

    ASSEN, BELANDA, 27 JUN – Penunggang dari Itali, Francesco Bagnaia berjaya memenangi perlumbaan MotoGP Belanda kelmarin selepas pendahulu kejohanan, Fabio Quartararo mengalami kemalangan dan tidak dapat meneruskan perlumbaan.

    Penunggang dari Perancis, Quartararo terjatuh dua kali, selepas hilang kawalan dalam kemalangan kali kedua walaupun dia dilihat berjalan keluar selepas itu sambil meluahkan rasa kekecewaan atas kesilapannya.

    Sebagai perbandingan dengan Bagnaia, yang tidak menghadapi masalah bersama pasukan Ducati, berjaya merekodkan kemenangan ketiga pada musim ini dan meraih mata penuh walaupun gagal menamatkan dua perlumbaan sebelumnya.

    Hari tersebut juga adalah hari terbaik untuk penunggang dari Itali, Marco Bezzecchi yang menunggang Ducati untuk pasukan VR46 yang diketuai oleh Valentino Rossi berjaya menamatkan perlumbaan dan menjadi naib juara, manakala penunggang dari Sepanyol, Maverick Vinales berjaya meraih podium dalam perlumbaannya yang ke-11 daripada 20 pada musim ini.

    Quartararo mendahului 21 mata mengatasi Aleix Espargaro, menamatkan perlumbaan dan menduduki tempat keempat, kelmarin.

    Aksi Francesco Bagnaia menunggang motornya semasa perlumbaan MotoGP Belanda di litar lumba TT Assen. – AFP

    Penunggang Perancis itu tergelincir semasa pusingan kelima, kemudian sekali lagi pada pusingan ke-13 di hadapan penonton di Belanda.

    Walaupun dia berjaya bangkit semula untuk meneruskan perlumbaan tetapi terpaksa menyerah kalah selepas kemalangan keduanya di litar perlumbaan tersebut.

    Dia memulakan perlumbaan itu dengan teruk dan mudah dipintas oleh penunggang Aprilia, Espargaro.

    Dalam usahanya untuk mengejar tempat kedua, Quartataro hilang kawalan motor ketika melakukan percubaan tersebut yang menyebabkan dia kemalangan tetapi dia berusaha untuk kembali ke dalam perlumbaan tetapi malangnya dia menduduki tempat terakhir.

    Tetapi selepas beberapa pusingan, perlumbaannya tamat selepas kema-langan kedua itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...