Wednesday, May 8, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Warganet Indonesia berang dengan Infantino

    JAKARTA, 19 OKT – Gambar Presiden FIFA bergelak tawa dan bersuka ria dalam satu perlawanan bola sepak dengan pegawai kerajaan tempatan beberapa minggu selepas tragedi Stadium Kanjuruhan yang mengorbankan 133 orang telah menyebabkan warganet di Indonesia berang, kelmarin.

    Lebih daripada 40 kanak-kanak antara yang terbunuh di dalam rempuhan pada 1 Oktober, salah satu tragedi terburuk dalam sejarah bola sepak.

    Pasukan polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penonton untuk menyuraikan penyokong yang menceroboh kawasan padang selepas tamat perlawanan di Jawa Timur.

    President FIFA Gianni Infantino telah berjumpa dengan Joko Widodo pada hari Selasa di Jakarta. Mereka berjanji untuk meningkatkan tahap keselamatan dan membina semula stadium Kanjuruhan untuk mengelak tragedi seperti ini daripada berulang lagi.

    Namun, pada pagi Rabu, Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), telah memuatnaik di akaun Twitter gambar-gambar Infantino bermain bola di Jakarta dengan pengerusinya, Mochamad Iriawan.

    “Daripada bermain bola bersama-sama, lebih baik kamu berdua pergi melawat rumah mangsa-mangsa tragedi Kanjuruhan. Mereka lebih utama,” pelakon Indonesia, Vino G. Bastian menciap kepada 1.9 juta pengikutnya. – AFP

    Presiden Indonesia, Joko Widodo (kiri) menerima hadiah bola daripada Presiden FIFA, Gianni Infantino semasa pertemuan mereka di Istana Merdeka di Jakarta, Indonesia, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...