Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Liverpool atasi Spurs di Anfield

    LIVERPOOL, 6 MEI – Jurgen Klopp berkata kemenangan Liverpool 4-2 ke atas Tottenham adalah ‘cerminan musim mereka’ ketika mereka menahan serangan lewat untuk menghancurkan lagi harapan Spurs bagi menamatkan saingan Liga Perdana di tempat empat teratas kelmarin.

    The Reds hanya memenangi satu daripada lima perlawanan liga mereka sebelum ini yang secara realistik menamatkan peluang mereka untuk merebut gelaran tetapi mereka kembali dengan cemerlang apabila mendahului 4-0.

    Mohamed Salah dimasukkan semula ke dalam kesebelasan utama selepas bertengkar secara terbuka dengan Klopp hujung minggu lalu untuk menjaringkan gol pembukaan sebelum Andy Robertson, Cody Gakpo dan Harvey Elliott turut menjaringkan gol.

    Richarlison dan Son Heung-min memberikan respons lewat untuk Tottenham, tetapi peluang mereka untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan sudah pun terjejas.

    Anak buah Klopp terjamin menamatkan saingan sekurang-kurangnya di tiga tempat teratas dan merapatkan jurang dengan pendahulu Arsenal kepada lima mata dengan baki dua perlawanan.

    “Ia merupakan sedikit cerminan musim ini. Sangat baik sehingga kami benar-benar jatuh dan kemudian, kami kembali stabil,” kata Klopp, yang mengendalikan perlawanan terakhirnya di Anfield.

    “Apabila awda memberikan mereka ruang untuk bermain dengan serta-merta awda melihat apa yang mereka boleh lakukan. Jika awda tidak membenarkan mereka bermain, maka awda boleh menjejaskan mereka.”

    Spurs kini telah tewas empat perlawanan berturut-turut untuk meninggalkan anak buah Ange Postecoglou ketinggalan tujuh mata di belakang Aston Villa di tangga keempat dengan hanya berbaki sembilan mata untuk bermain. – AFP

    Reaksi Elliott selepas menjaringkan gol semasa perlawanan Liga Perdana di Anfield, Liverpool, England pada 5 Mei. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...