Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Cavaliers tundukkan Magic

    LOS ANGELES, 6 MEI – Donovan Mitchell dan Cleveland Cavaliers menewaskan pemain muda Orlando, mengatasi pasukan Magic 106-94 dalam permainan ketujuh siri pusingan pertama playoff NBA mereka kelmarin untuk menempah pertemuan dengan pilihan utama Eastern Conference, Boston.

    Ia merupakan satu lagi persembahan hebat daripada Mitchell, yang menjaringkan 39 mata dua hari selepas menyumbang 50 mata dalam kekalahan permainan keenam Cavaliers.

    Kali ini dia mendapat banyak sokongan jaringan mata daripada rakan sepasukan ketika Cavaliers kembali meraih 18 mata pada suku kedua untuk menguasai siri di mana pasukan tuan rumah memenangi setiap perlawanan.

    Caris LeVert menjaringkan 15 mata dari bangku simpanan dan Max Strus mencatat 11 daripada 13 mata pada suku ketiga, apabila Cavaliers mengatasi Magic 33-15 untuk mengambil alih kawalan.

    Evan Mobley menjaringkan 11 mata dengan 16 rebounds dan lima block dan Darius Garland menjaringkan 12 mata untuk membantu Cleveland menahan serangan 38 mata daripada Paolo Banchero.

    Pemain utama Cavaliers, Jarrett Allen diketepikan untuk permainan ketiga berturut-turut akibat tulang rusuk yang lebam, mara ke pusingan kedua setahun selepas kekalahan pusingan pertama yang pahit kepada New York Knicks.

    “Saya tidak mahu pulang ke rumah,” kata Mitchell tentang sikapnya yang menyaksikan dia menjaringkan 17 mata pada suku ketiga ketika dia membantu Cleveland mendahului.

    Magic memberikan aksi pertama yang hebat, Banchero menjaringkan 10 mata pada babak pertama ketika Orlando mendahului dengan 24-18. – AFP

    Aksi Mitchell semasa perlawanan menentang Orlando Magic di Rocket Mortgage FieldHouse di Cleveland, Ohio pada 5 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...