Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Angka kematian banjir di Brazil meningkat kepada 75

    SAO PAULO, 6 MEI – Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul, selatan Brazil sejak 29 April lepas telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 75 orang, menurut agensi Pertahanan Awam dalam laporan terbaharunya kelmarin, lapor Xinhua.

    Seramai 155 orang cedera dan 103 lagi masih hilang manakala 107,600 penduduk telah dipindahkan ke tempat selamat di 334 daripada 496 bandar di negeri itu.

    Menurut agensi Pertahanan Awam, kira-kira 780,000 penduduk telah terjejas dengan beribu-ribu orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka dengan bot atau naik ke atas bumbung dengan harapan dapat diselamatkan oleh helikopter.

    Sementara itu, Gabenor Rio Grande do Sul, Eduardo Leite menyifatkan keadaan di negerinya umpama sebuah ‘medan perang’. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...