Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Ketua IAEA bimbang aktiviti nuklear semakin meningkat

    TEHRAN, 6 MEI – Ketua badan pemantau atom PBB, Rafael Grossi tiba di Iran hari ini, di mana beliau dijangka berucap pada persidangan dan bertemu pegawai untuk perbincangan mengenai program nuklear Tehran.

    Lawatan itu dibuat pada masa ketegangan serantau yang semakin memuncak dan dengan Agensi Tenaga Atom Antara-bangsa (IAEA) mengkritik Iran kerana kekurangan kerjasama dalam pemeriksaan dan isu-isu tertunggak lain.

    Grossi, ketua IAEA, “Tiba di Tehran pada tengah hari tadi sebagai ketua delegasi untuk mengambil bahagian dalam persidangan nuklear dan berunding dengan pegawai-peawai tinggi nuklear dan politik negara,” menurut agensi berita Tasnim.

    Media lain di Iran mengesahkan ketibaannya.

    Dia dijadual bertemu menteri luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian serta ketua nuklear republik Islam itu, Mohammad Eslami.

    Grossi juga dijangka menyampaikan ucapan pada Persidangan Antarabangsa mengenai Sains dan Teknologi Nuklear yang pertama diadakan oleh Iran.

    Acara tiga hari itu, bermula hari ini, diadakan di wilayah Isfahan, rumah kepada kilang pengayaan uranium Natanz dan di mana serangan-serangan yang dikaitkan dengan Israel melanda bulan lepas.

    IAEA dan pegawai-pegawai Iran melaporkan ‘tiada kerosakan’ kepada kemudahan nuklear selepas serangan yang dilaporkan ke atas Isfahan itu, yang dilihat secara meluas sebagai tindak balas Israel terhadap serangan langsung pertama Iran ke atas musuh ketatnya beberapa hari sebelumnya, yang juga merupakan tindakan balas terhadap serangan maut ke atas kedutaan Tehran di Damsyik.

    Pada Rabu, Eslami, ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran, berkata dia “pasti bahawa rundingan itu akan membantu mengukuhkan hubungan kami dengan agensi itu”. – AFP

    Rafael Grossi menyampaikan ucapan pada Persidangan Antarabangsa Sains dan Teknologi Nuklear Iran yang pertama, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...