Sunday, May 19, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Laos usaha tingkat penggunaan nitrogen dalam pertanian

    VIENTIANE, 6 MEI – Institut Penyelidikan Pertanian dan Perhutanan Negara (NAFRI) Laos telah bersama-sama melancarkan projek dalam usaha meningkatkan kecekapan penggunaan nitrogen dalam pertanian padi dan menggalakkan pembangunan pertanian mampan di negara Asia Tenggara itu.

    Projek Mengukur Kesan Penggunaan Nitrogen dan Membangunkan Strategi Pengurusan Pertanian Mampan dalam Sistem Perladangan Berasaskan Padi Laos itu akan dilaksanakan sehingga 2028 dengan kerjasama University of Melbourne dan Pusat Penyelidikan Pertanian Antarabangsa Australia, lapor Lao National TV, hari ini.

    Projek itu akan meluaskan pengetahuan tentang kesan daripada input baja nitrogen bukan organik dan organik terhadap sistem pertanian berasaskan padi input rendah Laos, bertujuan untuk meningkatkan kecekapan penggunaan nitrogen dalam pertanian padi dan pendapatan petani, dengan faedah alam sekitar yang berkaitan hasil daripada pengurangan kehilangan nitrogen daripada ladang petani.

    NAFRI berhasrat untuk membangunkan teknologi pertanian moden yang meningkatkan sistem pengeluaran, menyokong keselamatan makanan negara, menggalakkan pengkomersilan dan memastikan pengurusan sumber yang mampan.

    Projek itu dijangka membantu meningkatkan kehidupan luar bandar, mengukuhkan keselamatan makanan dan meminimumkan kesan alam sekitar pertanian, menurut laporan itu. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...