Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Makluman penutupan sementara jalan raya

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MEI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara jalan raya di persimpangan lampu isyarat J1 Jalan Elizabeth II, Jalan Stoney, Jalan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien pada 8 hingga 15 Mei dari 11 malam hingga 4 pagi, tertakluk kepada kepada cuaca.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara jalan berkenaan adalah bagi membolehkan pelaksanaan kerja-kerja pemasangan loop sensor.

    Sehubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta sentiasa mematuhi had laju yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan itu.

    Peta menunjukkan lokasi penutupan jalan raya bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan loop sensor. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...