Wednesday, May 1, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    ‘Wartawan perlu bincang isu serantau termasuk krisis Rohingya’

    JAKARTA, 6 FEB – Wartawan Malaysia dan Indonesia perlu membincangkan isu-isu serantau yang memberi impak kepada kedua-dua negara seperti krisis Rohingya di Myanmar, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

    Beliau percaya perbincangan isu itu melalui satu forum di peringkat ASEAN membabitkan wartawan serantau mampu ‘merungkai’ persoalan, meningkatkan pemahaman dan berkongsi maklumat berkenaan isu berkenaan.

    “Saya ingin lihat wartawan menyertai perbincangan di peringkat ASEAN mengenai apa yang sedang berlaku dan cabaran di negara masing-masing serta apa yang boleh dipelajari dan saling menyokong antara satu sama lain,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama media Indonesia secara dalam talian sempena sambutan Hari PERS Nasional (HPN/Hari Wartawan Indonesia) di Medan, Sumatera Utara, Khamis ini.

    “Meskipun ASEAN berprinsip untuk tidak mencampuri urusan dalaman negara lain tetapi krisis Rohingya di Myanmar seakan-akan menjadi isu sensitif untuk dibincangkan,” kata Fahmi.

    Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. – Bernama

    Menurut Fahmi pelarian Rohinya di Malaysia telah menjadi polemik dengan jumlahnya mencapai ratusan ribu orang.

    “Kalau boleh kita rapatkan hubungan bukan hanya di antara warga Malaysia dan Indonesia tetapi antara wartawan yang memainkan peranan penting untuk saling bercerita sesama, supaya kita boleh membaca (mengenainya),” katanya.

    Perkara lain yang disentuh Fahmi pada wawancara berkenaan termasuk cabaran media dalam era kebangkitan teknologi yang menyaksikan media sosial menjadi sumber penting penyaluran maklumat dan berita palsu.

    Mengenai hubungan Malaysia-Indonesia, Fahmi percaya Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) mampu memainkan peranan lebih besar dalam mengeratkan hubungan dua negara serumpun itu.

    Fahmi juga berkata beberapa program akan dirancang termasuk pertukaran wartawan bagi tempoh tertentu untuk meningkatkan interaksi wartawan dan mendalami situasi di dua-kedua negara serumpun. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...