Wednesday, May 22, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Lebih 200 penerbangan dibatalkan

    ISTANBUL, 6 FEB – Syarikat penerbangan Turkiye, Pegasus Airlines membatalkan lebih 200 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen susulan salji tebal melanda bandar itu.

    Berdasarkan senarai yang diperoleh Sputnik, penerbangan domestik dan antarabangsa ke beberapa bandar yang dijadualkan pada 6-7 Februari telah dibatalkan.

    Selain itu, sebanyak 170 lagi penerbangan telah dibatalkan oleh Turkish Airlines pada hari ini (152 dijadualkan ke Lapangan Terbang Istanbul dan 18 ke Lapangan Terbang Sabiha Gokcen).

    Sesi persekolahan di Istanbul dan Ankara telah dibatalkan pada hari ini akibat salji tebal. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...