Wednesday, May 1, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Zelensky gesa Jerman runtuhkan ‘Tembok’ Rusia

    BERLIN, 17 MAC – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Jerman membantu memusnahkan ‘Tembok’ baharu yang sedang dibina Rusia di Eropah, bercakap dalam ucapan video penuh emosi kepada parlimen hari ini.

    “Ia bukan Tembok Berlin – ia adalah tembok di Eropah tengah antara kebebasan dan perhambaan serta tembok ini semakin besar dengan se-tiap bom” yang dijatuhkan di Ukraine, Zelensky memberitahu ahli Parlimen.

    Muncul di skrin dengan baju-T khaki tanda dagangannya dengan lingkaran hitam di bawah matanya, Zelensky di-sambut oleh ahli parlimen di dewan rendah Bundestag dengan tepukan gemuruh.

    Dalam ucapan yang penuh dengan gambaran sejarah dari kejayaan Jerman ke atas bahagian Perang Dingin, Zelensky bercakap terus kepada Canselor Olaf Scholz dengan seruan untuk solidariti yang lebih erat dengan Ukraine.

    “Scholz yang dihormati, robohkan tembok ini,” dia memohon, membangkitkan rayuan Presiden AS, Ronald Reagan pada 1987 kepada pemimpin Soviet, Mikhail Gorbachev di gerbang Brandenburg di Berlin.

    “Beri Jerman peranan kepimpinan yang awda layak di Jerman.” – AFP

    Presiden Volodymyr Zelensky menggesa Jerman membantu memusnahkan ‘Tembok’ baharu yang sedang dibina Rusia di Eropah. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...