Tuesday, May 7, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    500 pasangan dirai dalam acara perkahwinan besar-besaran

    NEW YORK, 11 JULAI – Kira-kira 500 pasangan meraikan perkahwinan mereka dalam acara yang berlangsung di New York yang bertujuan untuk memulihkan kesedihan selepas pandemik COVID, kelmarin.

    Dengan kepala mereka dihiasi kalungan bunga, pasangan yang hadir kebanyakannya sudah berkahwin, menyertai perarakan sebelum melangsungkan majlis simbolik yang disempurnakan oleh imam, rabai dan paderi.

    Antaranya tidak dapat menahan air mata mereka. “Kami sepatutnya bertunang pada 24 Mac 2020 di Hawaii tetapi pandemik telah merosakkan segala-galanya,” kata Erica Hackman kepada AFP, sambil memegang erat tangan suaminya, Richard dalam acara meriah di Taman Damrosch.

    Sementara itu, salah satu pasangan yang menantikan kelahiran anak mereka, berkahwin pada tahun berikutnya di atas bumbung bangunan dengan kehadiran ahli keluarga terdekat.

    “Semua orang memakai pelitup muka ketika itu,” imbau Erica yang berusia 35 tahun itu.

    “Ia adalah acara perkahwinan yang kecil, jadi sekarang ini ia berasa seperti sesuatu yang bermakna dan meraikan bersama orang lain yang melalui situasi yang sama,” kata Richard, 37 tahun. – AFP

    Antara pasangan yang menyertai majlis perkahwinan secara besar-besaran di Pusat Loncoln, New York. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...