Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Waspada ketika guna Jambatan SHOAS

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JULAI – Berikutan keadaan cuaca aktif menyebabkan hujan lebat serta angin kencang yang diramalkan berterusan sehingga hujung minggu ini, Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada para pengguna Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati serta mengurangkan had laju ketika menggunakan jambatan tersebut.

    Para pengguna jambatan juga dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi tanda-tanda lalu lintas demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Sebarang aduan mengenai jalan raya, orang ramai boleh menghubungi pihak Jabatan melalui Talian Darussalam 123 atau Livechat 8333123 ataupun e-mel pro@pwd.gov.bn.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...