Friday, May 3, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Ahirine nafi jadi penyondol rumah tangga Farid, Diana

    Hanya disebabkan bergandingan dalam filem Remp-It 2, tahun lalu, nama pelakon baharu, Ahirine Ahirudin, 27, dituduh sebagai penyondol dan punca kemelut rumah tangga bintang sensasi, Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle.

    Secara kebetulan, kehadiran wanita tinggi lampai yang pernah bertugas sebagai wartawan penyiaran itu ketika rumah tangga Farid dan Diana sedang berantakan.

    Tak pasal-pasal Ahirine dituduh sebagai penyondol, sedangkan hanya bergandingan dengan Farid dalam filem itu.

    Tidak selesa dengan gosip negatif yang dilemparkan, Ahirine membolosi dua kategori iaitu Aktres Filem Popular dan Couple Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-35 berkata, dia tidak selesa dikaitkan dengan Farid, apatah lagi, menerima tuduhan bukan-bukan.

    “Sejak awal, saya memang hati-hati, apatah lagi, Farid sudah berkahwin.

    Ahirine mula diangkat sebagai heroin menerusi filem Gadis Jolobu The Movie, tahun lalu sehingga melayakkannya menembusi pencalonan awal ABPBH 35. – Agensi

    “Cuma, apabila berada dalam industri hiburan, kita tidak boleh mengelakkan daripada dikaitkan dengan gosip liar. Namun, saya berharap tidak lagi dikaitkan dengan sesiapa.

    “Hubungan saya dan Farid tidak lebih sebagai rakan pelakon. Tetapi, kami mudah serasi.

    “Ini kerana kami mempunyai minat sama dalam sukan permotoran dan seni mempertahankan diri, Muay Thai.

    “Sebelum ini, Diana dan anak-anaknya turut datang memberikan sokongan ketika sesi latihan, jadi saya pelik macam mana boleh timbul isu penyondol?,” katanya kepada BH Online.

    Bagi Ahirine, dia bersikap terbuka berkongsi kisah peribadi dengan peminat.

    “Perkara ini adalah normal, sama ada bersedia atau tidak, saya kena juga melaluinya.

    “Namun, jika mahu bercakap soal hubungan peribadi, saya sebenarnya lebih memberi fokus kepada kerjaya lakonan dan seni mempertahankan diri, Muay Thai,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...