Perlawanan futsal persahabatan antara empat pasukan dewasa dan tiga pasukan kanak-kanak anjuran PH’JAR telah berlangsung di gelanggang futsal Markaz Al-Qurrah baru-baru ini.
Perlawanan itu diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga dan pemain selain mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti bersukan.