Wednesday, May 8, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Al-Azhar: Boikot produk Belanda, Sweden

    KAHERAH, 26 JAN – Al-Azhar Mesir, institusi pendidikan paling berprestij di dunia Islam Sunni, telah menyeru agar produk Sweden dan Belanda diboikot selepas penunjuk perasaan berhaluan kanan memusnahkan Al-Quran di negara tersebut.

    Al-Azhar, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, menyeru “Umat Islam memboikot produk Belanda dan Sweden.”

    Ia juga menggesa “tindak balas sewajarnya daripada kerajaan kedua-dua negara ini” yang didakwanya “melindungi jenayah keji dan biadab atas nama ‘kebebasan bersuara’.”

    Ahli politik berhaluan kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan pada Sabtu membakar kitab suci umat Islam di hadapan kedutaan Turki di Stockholm, meningkatkan ketegangan ketika Sweden berbicara dengan Ankara berhubung usahanya untuk menyertai NATO.

    Keesokan harinya, Edwin Wagensveld, yang mengetuai cawangan Belanda bagi kumpulan anti-Islam Jerman, Pegida, mengoyakkan halaman Al-Quran semasa protes seorang diri di luar parlimen.

    Imej di media sosial juga menunjukkan dia berjalan di atas halaman kitab suci yang koyak itu. – AFP

    Pihak Universiti Al-Azhar menyeru umat Islam memboikot produk Belanda dan Sweden. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...