Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Isteri dan anak umrah tanpa Syamsul

Pel akon Puteri Sarah Liyana memaklumkan bahawa dia dan dua orang anaknya berangkat ke Tanah Suci bagi tujuan menunaikan ibadah umrah kelmarin.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pelakon itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram miliknya.

Dia yang berjubah putih diapit oleh dua orang anak kesayangan, Syaikhul Islam dan Sumayyah ketika berada di lapangan terbang.

“Doakan Sarah & anak-anak ya,” tulisnya ringkas di bahagian kapsyen foto berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar keluarga kecil itu dipermudahkan urusan di Tanah Suci dan memperoleh umrah yang diberkati Allah SWT.

Namun begitu, ada juga yang mempersoalkan keberadaan Syamsul Yusof yang dilihat tiada ketika keberangkatan isteri dan anak-anaknya itu. – Agensi

Puteri Sarah Liyana diapit oleh kedua-dua anaknya tanpa ditemani oleh Syamsul ketika berangkat mengerjakan umrah. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -