Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    AS, Filipina tuan rumah bersama Forum Perniagaan Indo-Pasifik 2024

    WASHINGTON/MANILA, 2 MEI – Amerika Syarikat (AS) dan Filipina akan menjadi tuan rumah bersama Forum Perniagaan Indo-Pasifik 2024 di Manila, menurut satu kenyataan bersama.

    Ia sekali gus menjadikan Filipina sebagai hab utama bagi rantaian bekalan serantau dan pelaburan berkualiti tinggi, lapor Sputnik.

    Menurut kenyataan itu kedua-dua negara juga akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan daripada pelbagai sektor berhubung peluang untuk meningkatkan penglibatan ekonomi dua hala dengan tumpuan untuk membangunkan rantaian bekalan yang berdaya tahan.

    Presiden Filipina, Ferdinand Marcos yang  kini dalam lawatan ke Washington berkata Manila menentang provokasi ketenteraan dan tidak akan bertukar menjadi “destinasi” untuk kempen ketenteraan mana-mana negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...