Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    LeBron beri amaran kepada Lakers

    LOS ANGELES, 2 MEI – LeBron James berkata Los Angeles Lakers mesti tidak melakukan sebarang kesilapan apabila mereka menentang Stephen Curry dan Golden State Warriors dalam perlawanan pembukaan siri playoff blockbuster hari ini.

    James dan Curry akan bertemu dalam siri playoff buat pertama kali dalam tempoh lima tahun hari ini apabila Lakers dan Warriors bertemu dalam perlawanan pertama separuh akhir Western Conference di San Francisco.

    Ia merupakan pertarungan heavyweight terbaharu antara dua pemain bola keranjang terhebat dalam sejarah, yang berdepan antara satu sama lain dalam perlawanan akhir NBA selama empat tahun berturut-turut antara 2015 hingga 2018.

    James yang berusia 38 tahun mengetuai pasukan Lakers yang mempamerkan prestasi cemerlang pada masa yang tepat selepas mengalami kesulitan untuk mara ke playoff, menumpaskan Memphis Grizzlies Jumaat lalu untuk melengkapkan siri keputusan 4-2.

    Sementara itu, Curry menghasilkan kejayaan cemerlang dengan mencipta 50 mata baru-baru ini ketika juara bertahan NBA itu merampas kemenangan siri 4-3 ke atas Kings di Sacramento.

    Bercakap kepada pemberita kelmarin, James bercakap tentang kekagumannya terhadap Curry ketika dua musuh yang mesra itu bersedia untuk bertarung sekali lagi.

    “Tiada apa-apa selain penghormatan tertinggi untuk Steph dan semua yang dia telah capai bukan sahaja di atas gelanggang tetapi di luar gelanggang,” kata James.

    Sementara itu James memberi amaran kepada rakan sepasukan, Lakers bahawa mereka perlu bersiap sedia menentang pasukan Warriors yang telah berulang kali menunjukkan bahawa mereka akan menghukum kesilapan. – AFP

    Aksi LeBron James dalam Perlawanan keenam siri playoff bola keranjang NBA menentang Memphis Grizzlies di Los Angeles, 28 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...