Tuesday, April 30, 2024
32.5 C
Brunei

    -

    Baiduri, Aegis meterai Perjanjian Penyumberan Luar Tunai

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Bank Baiduri dan Aegis Secure Solutions Sdn Bhd, kelmarin, telah menandatangani Perjanjian Penyumberan Luar Tunai.

    Menerusi perjanjian berkenaan, Aegis akan menyediakan Bank Baiduri dengan perkhidmatan pengurusan tunai yang komprehensif termasuk tunai-dalam-transit, pemprosesan tunai, perkhidmatan pengurusan ATM termasuk penyelenggaraan talian pertama, dan perkhidmatan pengisian semula tunai.

    Majlis penandatanganan telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui; Pengarah-pengarah Aegis, Awang Ahmad Morshidi bin POK Di-Gadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Abdul Rahman dan Dayang Nur Khadijah binti Ahmad, dan Ketua Pegawai Eksekutif Aegis, Jorge F. Vega.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, perjanjian tersebut mempelopori pendekatan penyumberan luar tunai penuh pertama di Brunei selaras dengan visi Aegis untuk memodenkan kitaran tunai di negara ini dengan menyediakan penyelesaian pengurusan tunai yang inovatif dan mengoptimumkan aliran tunai untuk pelanggannya.

    Jorge F. Vega dipetik berkata, “Kami sangat gembira untuk memuktamadkan perjanjian ini selepas rundingan panjang dengan Bank Baiduri dan bersyukur kerana Bank Baiduri mempercayai Aegis untuk mengendalikan sebahagian daripada perniagaan mereka untuk pelanggan mereka.

    “Kami menghargai proaktiviti Bank Baiduri dalam bekerjasama dengan Aegis untuk menerajui transformasi industri tunai di Brunei,” tambah beliau.

    Dayang Nur Khadijah, Jorge F. Vega, Ti Eng Hui dan Sim Kiem Lee semasa menghadiri majlis penandatanganan tersebut.
    Jorge F. Vega bergambar bersama Ti Eng Hui sejurus selepas menandatangani perjanjian antara kedua-dua belah pihak.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...