Tuesday, May 21, 2024
33.2 C
Brunei

    -

    Pembayaran pencen mula hari ini

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Kementerian Kewangan dan Ekonomi memaklumkan bahawa pembayaran Pencen Perkhidmatan dan Pencen Turunan akan dilaksanakan melalui kaunter (Walk-In) bagi Mei 2023.

    Pembayaran pencen bagi Daerah Brunei dan Muara akan dilaksanakan di Kaunter Bahagian Hasil, Tingkat 1, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, pada 25 Mei bermula pukul 7:30 pagi hingga 3:30 petang.

    Manakala itu, bagi Daerah Tutong, Belait dan Temburong, pembayaran akan dilaksanakan di kaunter pejabat, cawangan Jabatan Perbendaharaan di daerah-daerah berkenaan pada 25 Mei bermula pukul 7.30 pagi hingga 3.30 petang.

    Pembayaran pada hari-hari berikutnya iaitu sehingga 8 Jun adalah pada pukul 8:30 pagi hingga 11:30 pagi dan pukul 1:30 petang hingga 3:30 petang di kesemua cawangan di keempat-empat daerah.

    Bagi mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan ke atas tatacara pembayaran yang dimaksudkan, boleh menghubungi talian-talian yang telah disediakan iaitu 2380822 atau 2383469.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...