Tuesday, May 21, 2024
33.2 C
Brunei

    -

    DPMM FC ikat Balestier Khalsa FC

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – DPMM FC menamatkan kempen mereka dalam cabaran Asia KUSEL Selangor 2024 berikutan keputusan seri 3-3 menentang Balestier Khalsa FC di Stadium MBPJ di Kelana Jaya di Selangor, Malaysia, kelmarin.

    Kelab-kelab jemputan turut mempertingkatkan lagi persiapan mereka menjelang Liga Perdana Singapura (SPL) musim 2024-2025, yang dijangka bermula pada 10 Mei.

    The Tigers nampaknya meneruskan kesengsaraan DPMM FC, yang baharu sahaja mengalami kekalahan 4-0 kepada Selangor FC dalam kejohanan itu selepas mendahului 2-0 menerusi Masahiro Sugita dan Kodai Tanaka.

    Bagaimanapun, pasukan yang berpangkalan di Brunei bangkit sebelum rehat menerusi dua gol penyerang muda, Hakeme Yazid Said.

    DPMM FC mendahului 3-2 apabila Azwan Ali Rahman meletakkan pasukannya di hadapan pada separuh masa pertama tetapi mereka terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri apabila Alen Kozar menjaringkan gol pada minit ke-64.

    Sementara itu, tuan rumah Selangor FC disahkan sebagai juara susulan kemenangan 4-0 ke atas pasukan Laos, Young Elephants FC.

    DPMM FC akan memulakan musim mereka menentang Young Lions pada 11 Mei, manakala Balestier Khalsa akan menentang Geylang International FC sehari sebelumnya.

    Perlawanan pembukaan tirai musim Liga Perdana Singapura akan bermula dengan juara bertahan, Albirex Niigata (S) akan menentang Lion City Sailors pada 4 Mei.

    Aksi pemain DPMM FC dan Balestier Khalsa FC semasa perlawanan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN SELANGOR FC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...