Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Jang Nara akhirnya bergelar isteri

    Pelakon terkenal Korea Selatan iaitu Jang Nara akhirnya bergelar seorang isteri.

    Pada 26 Jun lalu, Jang Nara mengadakan majlis perkahwinannya di Bonelli Garden, Seoul secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.

    Lebih manis, rakan baik dan pelakon, Park Kyung Lim turut bertindak sebagai pengacara majlis perkahwinannya.

    Impian peminat setia pelakon itu untuk melihat Jang Nara dalam persalinan baju pengantin juga tercapai apabila pihak pengurusannya, Lawon Munhwa berkongsi beberapa foto termasuk pelakon itu bersama bapanya yang juga seorang pelakon, Joo Ho Sung sedang berjalan ke pentas utama.

    Bagaimanapun, bagi menjaga privasi suami, pihak pengurusannya tidak berkongsi foto lelaki itu malah tiada butiran lengkap mengenainya.

    Malah abang kepada Jang Nara iaitu Jang Sung Won turut memuat naik gambar mempelai di akaun Instagram tetapi tidak menunjukkan wajah suaminya.

    “Saya mahu menunjukkan kepada semua orang wajah pasangan ini tetapi untuk menjaga privasi pengantin lelaki,” tulisnya.

    Pada majlis itu, Jung Yong Hwa (CNBLUE) yang berlakon bersamanya dalam Sell Your Haunted House turut menghadiahkan sebuah lagu berjudul Love Light untuk pasangan mempelai.

    Jang Nara semasa diiringi oleh bapanya pada majlis perkahwinannya di Bonelli Garden, Seoul. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...