Tuesday, May 7, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Berkenan menerima mengadap

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, berkenan menerima mengadap ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan ketua-ketua perwakilan asing ke Negara Brunei Darussalam yang baharu, di Qashr Al-Meezaan, pagi tadi.

    Duli Yang Teramat Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Sosialis Vietnam, Puan Yang Terutama Datin Paduka Malai Hajah Halimah binti Malai Haji Yussof; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Perancis, Puan Yang Terutama Datin Paduka Hajah Rakiah binti Haji Abdul Lamit @Hamid; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Pengiran Muhammad Husaini bin Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin.

    Duli Yang Teramat Mulia turut berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Australia, Tuan Yang Terutama Garry Ramlee bin Ibrahim; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Arab Mesir, Tuan Yang Terutama Pengiran Salimin bin Pengiran Mohd Daud.

    Ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik tersebut menerima surat-surat watikah pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sul-tan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 20 Oktober 2022.

    Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai; Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani; dan Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Ambra Dickie.

    Ketua-ketua perwakilan asing yang baharu ke Negara Brunei Darussalam tersebut telah menyembahkan surat-surat tauliah pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 20 Oktober 2022.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan dijunjung bergambar ramai bersama ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik di Qashr Al-Meezaan, kelmarin. – Gambar oleh Infofoto
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menerima mengadap TYT Pengiran Muhammad Husaini pada majlis yang berlangsung di Qashr Al-Meezaan, kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...