Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Berkenan menerima darjah kebesaran

    Oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah hari ini berkenan menerima Darjah Kerabat Kelantan Yang Amat Dihormati Al-Yunusi (D.K.) daripada Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra, Tengku Bendahara Kelantan, sebagai wakil Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan.

    Turut menerima anugerah, Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) ialah Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi. Istiadat penganugerahan darjah kebesaran berlangsung di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan, Hijau Baiduri.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan menerima Darjah Kerabat Kelantan Yang Amat Dihormati Al-Yunusi (D.K.) yang disempurnakan oleh YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra, Tengku Bendahara Kelantan sebagai wakil Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan. – Gambar oleh Muiz Matdani
    DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan beramah mesra dengan tetamu pada majlis penganugerahan kelmarin. Turut hadir YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra.
    YAM Pengiran Muda Abdul Qawi menerima anugerah Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) daripada YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra pada majlis yang berlangsung di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan, Hijau Baiduri, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...