Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Berkenan rasmi Pesta Konvo UBD

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Pro Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini, berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Pesta Konvo UBD 2022 dan Bangunan Pusat Kesenian Pro-Canselor yang berlangsung di Pusat Kesenian Pro-Canselor, UBD.

    Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Pengerusi Majlis UBD dan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh dan naib canselor UBD.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato
    Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

    Tema bagi Pesta Konvo tahun ini, Integrating Nature and Technology for a More Sustainable Future mengetengahkan projek penyelidikan inter-disciplinary dengan menumpukan kepada teknologi dan alam sekitar.

    Sejurus perasmian Pesta Konvo UBD itu, Duli Yang Teramat Mulia kemudian berkenan menyaksikan tayangan video bertajuk Haunted yang telah memenangi Pesta Filem Pendek UBD edisi ketiga.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menyaksikan pameran selepas menyempurnakan perasmian Pesta Konvo UBD 2022 dan Bangunan Pusat Kesenian Pro-Canselor yang berlangsung di Pusat Kesenian Pro-Canselor, UBD.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota semasa berkenan berangkat ke majlis perasmian Pesta Konvo UBD 2022 dan Bangunan Pusat Kesenian Pro-Canselor yang berlangsung di Pusat Kesenian Pro-Canselor, UBD, kelmarin.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah berkenan dijunjung menandatangani plak perasmian Pesta Konvo 2022 dan Bangunan Pusat Kesenian Pro-Canselor.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menyaksikan pameran setelah perasmian Pesta Konvo UBD 2022.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan dijunjung berangkat bagi menyaksikan pameran.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan dijunjung bergambar ramai.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota semasa berkenan menerima pesambah.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan dijunjung bergambar ramai bersama peserta pameran.
    Antara yang hadir pada majlis perasmian berkenaan.

    Antara persembahan pentas yang menyerikan lagi majlis perasmian berkenaan.

    Duli Yang Teramat Mulia kemudian dijunjung untuk menyaksikan pameran yang menampilkan projek daripada mahasiswa dan mahasiswi UBD serta alumni UBD mengenai cara untuk mengurangkan penggunaan tenaga, pengurangan suhu, meman-tau air tanah dan permukaan yang bersih, mengoptimumkan sistem tenaga suria serta kajian memantau keadaan dinamik jambatan.

    Kemudian Duli Yang Teramat Mulia berkenan merasmikan dan menandatangani plak perasmian Galeri Mini UBD di bangunan itu.

    Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Duli Yang Teramat Mulia berkenan beramah mesra dengan tenaga akademik tempatan yang baharu berkhidmat di UBD dan menerima pesambah.

    Pameran Pesta Konvo di Pusat Kesenian Pro-Canselor dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula hari ini hingga 18 Ogos pada waktu bekerja.

    Pada tahun ini, Pesta Konvo UBD dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Persatuan Mahasiswa dan Mahasiswi UBD (PMUBD) dengan bantuan Pejabat Promosi dan Pengurusan Acara (OPEM).

    Majlis tersebut turut dihadiri oleh ahli-ahli Majlis UBD, pegawai utama UBD, kakitangan dan pelajar.

    Antara acara lain yang diadakan sempena Pesta Konvo berkenaan adalah khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran yang akan diadakan pada 18 Ogos untuk meraikan pelajar yang akan mengikuti konvokesyen tahun ini.

    Pesta Konvo UBD diadakan sempena Majlis Konvokesyen UBD ke-34 yang akan berlangsung pada 22 Ogos ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi perisik Seoul beri amaran kepada Korea Utara

    SEOUL, 3 MEI - Agensi perisik Korea Selatan berkata hari ini bahawa Pyongyang sedang merancang serangan pengganas yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di...