Tuesday, May 7, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Bright sahkan sedang bercinta dengan Nene

    Pelakon dan penyanyi popular Thailand, Bright akhirnya mengesahkan dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktres, Pornnappan Pornpenpipat.

    Memetik laporan mStar, Bright atau Vachirawit Chiravee, 26, mengesahkan perkara itu menerusi Instagram miliknya selepas timbul pelbagai spekulasi mengenai hubungannya dengan Pornnappan atau Nene.

    “Saya ingin menjelaskan beberapa perkara terutamanya buat peminat yang sentiasa mengambil berat dan ingin tahu tentang perkembangan terkini saya.

    “Ya, benar kami sedang bercinta,” katanya.

    Gosip mengatakan dia menjalinkan hubungan songsang dengan pelakon Metawin Opas-iamkajorn atau Win, 25, susulan mereka sama-sama terlibat dalam drama berjudul 2gether.

    2gether adalah sebuah drama bersiri mengangkat tema BL atau Boys Love.

    Nene juga adalah salah seorang pelakon dalam drama bersiri tersebut.

    Dalam pada itu, Bright memohon maaf jika berita itu mengundang kekecewaan dalam kalangan peminat setianya. – Agensi

    Bright dedah teman wanitanya. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...