Sunday, May 19, 2024
33 C
Brunei

    -

    Caprice ajak netizen lawan budaya buli siber

    Ahli keluarga pemuda yang melutut sambil meminta maaf kepada isteri Caprice tidak mempunyai sebarang pertikaian dengan perkara tersebut.

    Memetik laporan mStar, malah individu dipercayai abang kepada pemuda berkenaan dikenali sebagai Irfan turut memberitahu ibu mereka sebaliknya berharap isu berkenaan tidak dipanjangkan lagi.

    Malah Irfan memberitahu adiknya sendiri mahu bertemu untuk memohon maaf selain menyesal dengan tindakannya.

    “Okay saja Cap (panggilan Caprice). Sudah sekolah macam biasa. Saya telefon ibu saya setiap hari. Alhamdulillah dia okay.

    “Adik saya sudi nak pergi jumpa Cap minta maaf sebab dosa sesama manusia dengan berjumpa depan-depan untuk meminta kemaafan.

    “Mak saya pesan tak mahu dah isu ini dipanjangkan itu saja Cap,” katanya.

    Caprice berkongsi perbualan dengan individu tersebut selepas ramai menyelar isterinya iaitu Fara Inalis atau Elis yang dianggap tidak patut meminta pemuda itu melutut sambil meminta maaf.

    Sementara itu, Caprice juga berharap orang ramai melupakan isu berkenaan memandangkan ahli keluarga pemuda tersebut tiada masalah dengan tindakan itu.

    Beliau juga mengajak orang ramai untuk sama-sama melawan budaya buli siber yang semakin membimbangkan ketika ini.

    “Kes ditutup. Pihak atau ibu pemuda itu pun okay dengan tindakan kami. Jadi, kepada sesiapa yang masih tidak berpuas hati dengan cara Elis, dah boleh move on.

    “Jom kita sama-sama pejuang dan lawan budaya buli siber.

    “Kita tak boleh terlalu manja sangat dengan generasi sekarang yang tak kenal apa tu adab. Insya-Allah, pengajaran untuk kami semua,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

    Sebelum ini, tular di media sosial apabila Caprice memuat naik video pertemuan dengan individu yang menyamakan wajah bayi lelakinya iaitu Airiel Qashaf dengan seekor haiwan di kediaman mereka pada petang Jumaat.

    Menerusi video yang dimuat naik, pemuda tersebut dilihat melutut memohon maaf pada Elis namun orang ramai kurang senang dengan tindakan tersebut.

    Untuk rekod, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Elis pada November 2022.

    Elis juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu. – Agensi

    Caprice anggap kes pemuda berlutut sudah selesai. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...