Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Budak 7 tahun ditemui mati di bawah runtuhan gempa

    CIANJUR, INDONESIA, 25 NOV – Seorang kanak-kanak perempuan Indonesia berusia tujuh tahun yang menjadi subjek usaha penyelamatan sepanjang hari selepas gempa bumi membunuh sekurang-kurangnya 310 orang di Jawa Barat telah ditemui mati, para penyelamat memberitahu AFP hari ini.

    Pekerja-pekerja kecemasan menemui jasad Ashika Nur Fauziah, juga dikenali sebagai Cika, di bawah runtuhan di daerah paling terjejas Cugenang, pusat gempa yang mencetuskan tanah runtuh, meranapkan bangunan-bangunan dan menimbus mangsa-mangsa pada Isnin lalu.

    “Jasad kanak-kanak berkenaan segera diserahkan kepada keluarga,” penyelamat berusia 28 tahun, Jeksen Kolibu memberitahu AFP. “Keluarga berkenaan… sangat sedih.”

    Berpuluh-puluh penyelamat menghabiskan hampir sepanjang hari kelmarin membersihkan serpihan menggunakan alat penggali, tukul dan tangan mereka dalam misi rumit, yang ditangguhkan pada malam.

    Cika ditemui di bawah tiga lapisan konkrit awal hari ini, kata Kolibu. Pekerja-pekerja menemuinya tertiarap, terperangkap oleh runtuhan, dengan sedikit ruang untuk bernafas.

    Penyelamat menutup mukanya dan meletakkannya ke dalam beg mayat sambil diperhatikan oleh bapanya, Ahmad, yang memegang kepalanya dengan penuh kesedihan.

    Cika dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan kurang daripada sejam selepas ditemui.

    Ketua agensi pengurangan bencana kebangsaan Indonesia, Suharyanto mengemaskini angka kematian akibat gempa itu kepada 310 pada hari ini.

    Beliau berkata 24 orang masih hilang selepas gempa berkenaan menyebabkan tanah runtuh dan bangunan runtuh di pekan Cianjur di Barat Jawa. – AFP

    Kakitangan penyelamat memindah serpihan runtuhan daripada jasad Cika selepas ditemui di bawah runtuhan di Cugenang, Cianjur, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...