Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Kanada umum pelan atasi risiko pemanasan iklim

    OTTAWA, 25 NOV – Kerajaan Kanada semalam mengumumkan pelan bernilai AS$1.2 bilion untuk membantu negara mengatasi risiko pemanasan iklim, seperti banjir, kebakaran hutan dan suhu melampau.

    Strategi pengadaptasian iklim itu akan membiayai program untuk membantu rakyat Kanada melindungi diri mereka daripada gelombang

    haba, melindungi pinggir pantai daripada kenaikan paras laut dan melindungi infrastruktur, termasuk di kawasan utara, yang berdepan kecairan permafros.

    “Perubahan iklim sedang membelenggu semua komuniti di seluruh Kanada,” beritahu Menteri Kecemasan, Bill Blair pada sidang media dari Prince Edward Island, wilayah yang terjejas teruk oleh Hurikan Fiona pada September.

    Ribut itu – dikatakan paling kuat melanda pantai Atlantik, Kanada – hanya sebahagian kecil daripada apa yang bakal berlaku, menurut kerajaan, yang meramalkan kos tahunan bencana semula jadi di Kanada akan meningkat kepada $15.4 bilion Kanada menjelang 2030.

    “Kami melihat dalam tempoh beberapa tahun lalu, bukan sahaja di Kanada tetapi di seluruh dunia, peningkatan dalam kekerapan peristiwa berkaitan iklim,” kata Blair, memetik cuaca ekstrem yang membunuh ratusan orang dan memusnahkan komuniti di seluruh negara.

    Strategi pengadaptasian itu termasuk memupuk kesedaran dalam kalangan warga Kanada tentang risiko bencana semula jadi, menubuhkan 15 taman negara baharu, memelihara 30 peratus daripada tanah dan air Kanada untuk mengawal kehilangan biodiversiti, dan mengelak semua kematian masa depan akibat suhu melampau. – AFP

    Gambar fail menunjukkan pokok yang rosak akibat kebakaran berdekatan sungai Saskatchewan di antara Banff dan taman negara Jasper di Alberta, Kanada. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...