Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Burnley mampu kekang Man Utd

    BURNLEY, UNITED KINGDOM, 9 FEB – Ralf Rangnick menyalahkan barisan pemain Manchester United yang kurang agresif menyebabkan mereka gagal menewaskan Burnley pasukan yang berada di kedudukan tiga tercorot liga apabila mencatat keputusan seri 1-1 di Turf Moor sekali gus menyaksikan pasukan Red Devils tersingkir daripada kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

    Dengan Cristiano Ronaldo bermula dari bangku simpanan, United terpaksa menanggung nasib kerana gagal menguasai perlawanan 45 minit pertama selepas Paul Pogba meletakkan mereka di hadapan.

    Burnley berjaya meledakkan gol penyamaan menerusi Jay Rodriguez dua minit selepas rehat dan memberikan mereka semangat untuk bertahan.

    Kemenangan 1-0 West Ham ke atas Watford menyaksikan pasukan The Hammers itu melonjakkan United ke slot terakhir untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan, manakala Arsenal dan Tottenham kekal di kedudukan dan masih mempunyai baki perlawanan.

    “Sekali lagi ia adalah malam yang mengecewakan kami kerana kami sepatutnya memenangi perlawanan itu dengan mudah,” kata Rangnick.

    “15-20 minit pertama separuh masa kedua kami tidak cukup agresif. Satu mata daripada persembahan seperti ini tidak mencukupi.”

    Musim United terus dilanda masalah dan cabaran apabila mereka disingkirkan daripada Piala FA oleh pasukan Kejuaraan, Middlesbrough menerusi sepakan penalti pada Jumaat lalu.

    Pengajaran daripada kekalahan itu tidak dipelajari kerana sekali lagi anak buah Rangnick mempunyai lebih daripada cukup peluang untuk memenangi perlawanan itu pada separuh masa pertama sebelum dihukum kerana pertahanan yang lemah.

    Buat pertama kalinya pengurus dari Jerman itu meninggalkan Ronaldo yang cergas daripada barisan utamanya untuk perlawanan liga selepas pemain berusia 37 tahun itu bermain 120 minit penuh pada Jumaat lalu. – AFP

    Reaksi Cristiano Ronaldo selepas perlawanan antara Manchester United dan Burnley berakhir seri. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekolah ditutup di Manipur, India susulan hujan lebat

    NEW DELHI, 6 MEI - Semua institusi pendidikan, termasuk sekolah dan kolej akan kekal ditutup di negeri Manipur, timur laut India sehingga esok berikutan...