Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    14 maut tanah runtuh di Colombia

    DOSQUEBRADAS, COLOMBIA, 9 FEB – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan 34 cedera dalam runtuhan tanah yang dicetuskan hujan lebat di Colombia semalam, kata agensi bencana negara.

    Hujan pada awal pagi menyebabkan tanah runtuh di sebuah gunung di tengah wilayah Risaralda, menimbus beberapa buah rumah di kawasan miskin Dosquebradas.

    “Kami telah mengira 14 orang yang terkorban dan 34 cedera dalam runtuhan tanah,” kata pegawai tempatan Carlos Maya.

    Anggota menyelamat menggali menerusi lumpur untuk mencari mangsa yang selamat, kata Unit Pengurusan Risiko dan Bencana Negara.

    “Satu bunyi amat kuat menakutkan kami. Kami keluar dan ternampak sebahagian daripada tanah di atas rumah,” beritahu pemandu teksi Dubernei Hernandez, 42, kepada AFP.

    “Saya pergi ke tempat itu dan ia merupakan bencana, dengan penduduk terperangkap.”

    Agensi bencana menyiarkan gambar menunjukkan lubang di kawasan tumbuh-tumbuhan hijau akibat runtuhan tanah.

    Anggota menyelamat berkata mereka khuatir runtuhan tanah baharu mungkin mengakibatkan sungai Otun berhampiran tersekat, yang mungkin memburukkan lagi bencana.

    Beberapa keluarga yang tinggal berhampiran sungai dipindahkan disebabkan risiko banjir. – AFP

    Pemandangan udara menunjukkan anggota menyelamat membersihkan runtuhan semasa mencari mangsa selepas runtuhan tanah dicetuskan hujan lebat di Pereira, daerah Risaralda, Colombia pada 8 Februari 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...