Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Cari rezeki di sungai Yangon

    YANGON – Ma Yu menurunkan bot polistirena sementara ke anak sungai kecil Yangon untuk memulakan hari baharu mencari tin besi dan botol plastik di perairan kotor bersama pasukannya yang terdiri daripada ‘pembersih sungai.’

    Kira-kira 10 orang lain menyertainya pada awal pagi, memulakan kerja membersihkan anak sungai Pazundaung yang berlumpur disebabkan krisis ekonomi yang telah mencengkam Myanmar sejak rampasan tentera pada 2021.

    Mereka mengutip bahan yang boleh dikitar semula untuk dijual kepada peniaga, satu-satunya sumber pendapatan mereka sejak kehilangan kerja setelah pemberontakan yang memberi kesan teruk kepada ekonomi selain mencetuskan rusuhan besar-besaran.

    “Tidak ada kerja untuk saya di darat dan saya bertanggungjawab terhadap kesejahteraan anak dansuami saya,” beritahu Ma Yu, 36, kepada AFP, pipi dan dahinya dicalit pes kayu cendana ‘thanakha’ yang popular digunakan di Myanmar untuk mengelak daripada sinaran cahaya mata hari yang terik.

    “Maka saya menyewa kepingan polistirena dan seterusnya saya pergi ke anak sungai bersama jiran saya. Pada hari pertama, kami berjaya mengumpul beberapa plastik dan tin untuk dijual. Kami berasa gembira,” ujarnya.

    Pengumpul sampah mengayuh bot polistirena ketika mereka mencari plastik dan kaca untuk dikitar semula di Pazundaung Creek, Yangon. – AFP

    Seorang kanak-kanak melihat seorang wanita menyediakan bot polistirena untuk mencari plastik dan kaca di Pazundaung Creek, Yangon. – AFP
    Pembersih sungai bertolak setiap pagi di laluan air Yangon untuk mencari plastik dan tin timah yang boleh dikitar semula, cuba mencari rezeki dalam krisis ekonomi Myanmar selepas rampa-san kuasa. – AFP

    Pengumpul sampah mengayuh bot polistirena ketika mereka mencari plastik dan kaca untuk dikitar semula di Pazundaung Creek, Yangon. – AFP

    Ekonomi Myanmar telah terjejas teruk akibat kesan rampasan kuasa, dengan lebih daripada satu juta penduduk kehilangan kerja mereka, menurut Pertubuhan Pekerja Antarabangsa.

    Ma Ngal, 41, datang ke sungai selepas kehilangan kerja menjual sayur-sayuran dan ikan di sebuah gerai di Yangon, bersama suaminya yang bekerja sebagai tukang kayu yang juga gagal mencari kerja tetap.

    “Saya tidak memberitahu ibu bapa dan ahli keluarga saya kami sedang menjalankan kerja ini,” kata Ma Ngal.

    “Namun mereka mendapat tahu juga dan saya terpaksa menjelaskan kepada mereka bahawa saya melakukannya untuk keluarga saya.”

    Pada hari biasa, seorang pengutip boleh mengutip bahan buangan bernilai 30,000 kyat (AS$10), tetapi selalunya bayaran yang dibawa pulang adalah kira-kira AS$3.

    “Sebelum kami mula bekerja, terda-patnya banyak plastik, tin dan botol dalam anak sungai,” kata Kyu Kyu Khine, 39, yang biasa mengutip sampah dan sisa buangan dari jalan raya Yangon.

    Pemungut cuba menetapkan hari-hari kerja mereka mengikut arus – terapung-apung ke hilir dalam usaha mencari lebih banyak sampah apabila ia surut dan kembali semula ke hulu pada akhir syif.

    Namun air pasang surut itu boleh menjadi berbahaya, kata Ma Yu, yang pernah terjatuh dari bot pada satu hari.

    “Ada kalanya saya fikir jika sesuatu berlaku kepada saya, saya sendirian di sini dan saya tidak dapat melakukan apa-apa,” katanya.

    Air sungai juga boleh membawa peringatan mengenai huru-hara di Yangon, di mana penduduk berkata jenayah semakin meningkat selepas rampasan kuasa.

    Pemungut sering melihat mayat terapung di perairan, kata Ma Yu.

    “Ia bukan kerja yang senang tetapi perkara penting bagi saya adalah anak-anak saya tidak kelaparan,” katanya.

    Rakan sekerjanya Ma Ngal menceritakan saat-saat yang menyeronokkan.

    “Beberapa orang bergurau dengan kami apabila mereka melihat kami bekerja. Mereka berkata ‘selamat datang pasukan perbandaran, mereka tahu bagaimana membersihkan sungai’.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...