Sunday, May 19, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Lelaki dipenjara gara-gara tampar isteri di TikTok

    MADRID, 28 FEB – Seorang lelaki Sepanyol yang menampar isterinya semasa penstriman di TikTok dijatuhi hukuman penjara setahun hari ini walaupun mangsa enggan memfailkan aduan polis.

    Mahkamah di selatan bandar Soria mendapati lelaki itu bersalah melakukan keganasan ke atas wanita, melarangnya daripada mendekati isterinya dalam jarak 300 meter atau berkomunikasi dengannya selama tiga tahun, selain dilarang memperoleh senjata dalam tempoh itu.

    Hukuman itu berpunca daripada insiden semasa ‘pertarungan’ TikTok pertandingan di antara peserta TikTok di mana pemenang diputuskan oleh penonton diadakan di antara wanita itu dan tiga lelaki pada awal pagi 28 Januari.

    Dalam gambar yang tular di Sepanyol, lelaki itu kelihatan menampar isterinya dengan amat kuat sehingga kepalanya berpaling dan dia tiba-tiba menangis.

    “Defendan menyerang isterinya secara terbuka di khalayak ramai, di depan ribuan orang, dengan tujuan menjejas integriti dan memalukannya di khalayak ramai,” menurut mahkamah.

    “Tidak perlu adanya aduan daripada mangsa dalam jenayah keganasan jantina. Perbuatan itu harus dihukum sebaik saja terbukti ia dilakukan,” tambah mahkamah.

    “Menyiarkan tamparan secara langsung sudah memadai untuk pihak berkuasa campur tangan dan melindungi mangsa, tanpa mengira sama ada dia mengakuinya atau tidak,” menurut mahkamah. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...