Monday, May 6, 2024
26.2 C
Brunei

    -

    China terus sumbang pemulihan ekonomi dunia

    BEIJING, 30 NOV – Pertumbuhan ekonomi China secara berterusan akan membawa lebih banyak dinamik kepada ekonomi dunia, kata bekas ahli ekonomi Bank Dunia (WB) Mwangi Wachira ketika ditemu bual baru-baru ini.

    China berdiri pada landasan yang betul dalam sejarah globalisasi ekonomi dan diyakini akan menyumbang lebih banyak peluang kepada pemulihan ekonomi dunia, katanya.

    Mengulas mengenai kenyataan Wachira, jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian memberitahu bahawa China sentiasa menjadi penyokong dan pendorong ekonomi dunia yang terbuka.

    Zhao berkata, secara purata kadar pertumbuhan ekonomi China direkodkan pada 6.6 peratus setahun dalam tempoh sedekad lalu, dan menyumbang lebih 30 peratus kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

    “Pada 2021, jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China menyumbang 18.5 peratus jumlah ekonomi dunia. Sementara itu, jumlah perdagangan luar China mencatat AS$6.9 trilion, serta kekal sebagai entiti ekonomi kedua terbesar dan negara perdagangan terbesar di dunia,” kata Zhao. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...