Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    China tolak kenyataan FBI

    BEIJING, 1 MAC – China hari ini untuk hari kedua berturut-turut menolak kenyataan Amerika Syarikat (AS) bahawa pandemik COVID mungkin disebabkan oleh virus yang bocor dari makmal di China.

    Menjawab komen Pengarah FBI, Christopher Wray, jurucakap Kementerian Luar, Mao Ning berkata penglibatan komuniti perisikan AS merupakan bukti yang cukup untuk ‘mempolitikkan pengesanan asal’.

    “Dengan mengubah semula teori kebocoran makmal, AS tidak akan berjaya memburukkan China, dan sebaliknya, ia hanya akan menjejaskan kredibilitinya sendiri,” kata Mao.

    “Kami menggesa AS untuk menghormati sains dan fakta, berhenti menjadikan pengesanan asal kepada sesuatu tentang politik dan perisikan, dan berhenti mengganggu perpaduan sosial dan kerjasama asal-usul,” katanya.

    Dalam temu bual dengan Fox News yang disiarkan hari ini, Wray berkata, “FBI sekian lama telah menilai bahawa asal-usul wabak itu kemungkinan besar adalah insiden makmal yang berpotensi di Wuhan, China tengah.”

    Orang ramai yang memakai pelitup muka berjalan melepasi deretan tanglung di Beijing. – AP

    “Di sini awda bercakap mengenai potensi kebocoran daripada makmal yang dikawal kerajaan China,” kata Wray.

    Merujuk kepada usaha untuk mengesan asal usul koronavirus, beliau menambah, “Saya hanya akan membuat pemerhatian bahawa kerajaan China, bagi pendapat saya, telah melakukan yang terbaik untuk cuba menggagalkan dan mengaburkan kerja di sini, kerja yang kami sedang lakukan, kerja yang kerajaan AS dan rakan kongsi asing yang rapat sedang lakukan.

    “Dan ianya malang bagi semua orang,” tambahnya.

    Hari ini, Mao menolak laporan daripada Jabatan Tenaga AS yang menilai dengan kurang keyakinan bahawa virus yang pertama kali dikesan di Wuhan pada akhir 2019 bocor dari makmal kerajaan berdekatan.

    Laporan itu belum didedahkan kepada umum dan pegawai di Washington menegaskan bahawa agensi AS tidak bersetuju mengenai asal-usul virus itu. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...