Sunday, May 19, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Bank Baiduri kongsi maklumat mengenai AI

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Sebagai usaha untuk memberikan maklumat terkini kepada pelanggannya mengenai perkembangan pasaran global, Baiduri Capital telah mengadakan seminar bertajuk AI in Investment Management-Gaining an Edge, di Ruang Komuniti Baiduri, Ibu Pejabat Bank Baiduri, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, di sini, menyatakan bahawa kecerdasan buatan (AI) menjadi semakin menyerlah dan telah menunjukkan bahawa ia mempunyai potensi untuk membawa perubahan yang signifikan dalam pendidikan, perubatan, seni dan juga politik.

    Dengan menumpukan kepada impak AI dalam industri kewangan, kira-kira 90 orang jemputan menghadiri seminar berkenaan yang mengetengahkan pakar daripada rakan kongsi dana Baiduri Capital, Lion Global Investors, di mana ia melihat kepada kemungkinan AI dapat dipercayai untuk mempunyai keputusan pelaburan yang efektif dan betul atau mengurus portfolio berjumlah jutaan dolar.

    Semasa seminar itu, Ketua Artificial Intelligence of Investments (AIOI) dan Pengurus Portfolio, Lion Global Disruptive Innovation Fund (GDIF), Lion Global Investors, Ong Ai Ling mengongsi mengenai bagaimana mereka memanfaatkan AI dan pembelajaran mesin dalam pengurusan portfolio pelaburan terpilih termasuk GDIF.

    Dana itu yang merupakan sebuah portfolio keseluruhan ekuiti, melabur dalam syarikat-syarikat global yang berada di kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat jangka panjang potensi pertumbuhan syarikat pengubah yang mampu mengubah cara tradisional operasi sebuah industri dalam kaedah yang baharu serta efektif.

    Brian Wong semasa menyampaikan kata alu-aluannya baru-baru ini.

    Dengan penekanan kepada peningkatan penggunaan AI yang positif dalam perbankan dan industri kewangan, baru-baru ini, Bank Baiduri telah mengumumkan perjanjiannya dengan finbots.ai, sebuah syarikat FinTech B2B SaaS yang beribu pejabat di Singapura, untuk memodenkan pengurusan risiko kredit bank berkenaan menggunakan AI.

    Ia akan membolehkan bank berkenaan untuk membangunkan dan mengeluarkan skor kad kredit baharu dengan lebih kos efektif dan cepat.

    Dengan usaha itu, Bank Baiduri akan menjadi bank pertama di Brunei untuk berhijrah kepada sebuah penyelesaian pengurusan risiko kredit diterajui AI.

    Peralihan kepada finbots.ai adalah sebahagian daripada pelaburan strategik Bank Baiduri dalam perjalanan transformasi perniagaan dan memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan keberkesanan operasi, keupayaan analisis dan pengalaman pelanggan.

    Dalam kata alu-aluannya semasa seminar itu, Pengurus Besar Baiduri Capital, Brian Wong menekankan bagaimana AI telah memberi kesan kepada beberapa industri serta bagaimana ekonomi-ekonomi utama sedang memerhati pembangunan dalam AI dan bagaimana faktor-faktor global berkenaan menjejas pelabur-pelabur setempat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia cipta AI boleh klasifikasi tumor otak lebih cepat, tepat

    CANBERRA, 19 MEI - Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengklasifikasikan tumor otak dengan lebih cepat...