Wednesday, May 8, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Data peribadi terbang ditiup angin

    TOKYO, 26 APRIL – Angin kencang telah menerbangkan dokumen yang mengandungi maklumat peribadi penduduk semasa sorang pegawai memindah dokumen dari satu bangunan ke bangunan lain.

    Pegawai di wilayah Aichi, Jepun itu sedang menggunakan troli untuk mengangkut kotak kadbod berisi dokumen tetapi tumbang secara tiba-tiba sebelum ditiup angin kencang.

    Meskipun usaha keras oleh pegawai itu untuk mengumpul kertas-kertas yang bertaburan di seberang jalan oleh angin, tiga helaian telah hilang, kata prefektur Aichi.

    “Lebih 10 pegawai lain menyertai pencarian sehingga matahari terbenam,” kata pegawai wilayah, Akira Kato kepada AFP hari ini.

    Prefektur Aichi berkata, kini data akan disimpan dalam bentuk digital untuk mengelakkan kejadian memalukan itu berulang.

    Tiga helaian yang hilang itu mengandungi data mengenai 121 isi rumah, termasuk nama penduduk dan butiran perumahan sewa, katanya. Kotak kadbod mengandungi 1,696 keping kertas kesemuanya. Pencarian dilanjutkan pada hujung minggu selepas kejadian pada Jumaat lalu tetapi masih belum ditemui.

    “Kami telah menghubungi atau melawat ke semua isi rumah yang terlibat dan memohon maaf,” kata Kato. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...