Wednesday, May 8, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Del Potro bakal bersara di Terbuka Argentina

    BUENOS AIRES, 6 FEB – Bekas juara Terbuka AS, Juan Marti del Potro (gambar) kelmarin berkata kemunculan semulanya minggu depan selepas dua tahun setengah mengalami kecederaan merupakan “lebih kepada permainan perpisahan berbanding kepulangan”.

    Del Potro bersedia untuk mengumumkan persaraannya selepas dia bermain di Terbuka Argentina di Buenos Aires, kejohanan pertamanya sejak kecederaan lutut pada Jun 2019 di Queen’s, London.

    Bekas pemain nombor tiga dunia itu telah menjalani empat pembedahan pada lututnya kerana kecederaan itu sambil jatuh ke kedudukan ke-757 dalam ranking dunia.

    Del Potro yang berusia 33 tahun, yang menewaskan Roger Federer pada peringkat akhir Terbuka AS 2009, berkata masalah lututnya menyebabkan dia “hidup dalam mimpi ngeri”.

    “Ia lebih kepada perpisahan daripada kepulangan. Saya telah mencuba rawatan berbeza dan berjumpa doktor selama bertahun-tahun dan saya tidak pernah membayangkan untuk bersara daripada tenis tanpa bermain,” katanya pada sidang media.

    “Saya tidak dapat mencari kejohanan yang lebih baik daripada Buenos Aires untuk dapat melakukannya. Selepas minggu ini, saya akan memikirkan masa depan.”

    Pemain Argentina yang sering ditimpa kecederaan itu juga patah lutut di Shanghai Masters pada Oktober 2018 dan sebelum itu mengalami beberapa kecederaan pergelangan tangan yang juga memerlukan empat pembedahan.

    Del Potro memenangi gelaran terakhir daripada 22 gelaran jelajahnya di Indian Wells Masters pada 2018. – AFP

    Del Potro bersedia untuk mengumumkan persaraannya selepas dia bermain di Terbuka Argentina di Buenos Aires.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...