Thursday, June 8, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Diskaun tarif elektrik diperkenalkan

    KUCHING, 26 MEI – Kerajaan Sarawak akan memperkenalkan diskaun tarif elektrik kepada pengeluar dan peruncit makanan dalam usaha mengurangkan kos perniagaan mereka sekali gus mengurangkan harga pasaran makanan.

    Tanpa menyebut secara khusus kadar diskaun itu, Primier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini, berkata bahawa pengusaha kedai kopi, restoran dan pemain industri makanan dan minuman akan menjadi antara golongan yang boleh menjangkakan mendapat manfaat daripada inisiatif tersebut.

    “Kerajaan Sarawak akan campur tangan dalam lingkungan kuasa kita dan cara untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup terutamanya terhadap harga makanan kepada rakyat,” katanya ketika menyimpulkan perbahasan usul ucapan terima kasih atas ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Sarawak di Dewan Undangan Negeri.

    Langkah lain, Primier Sarawak itu berkata Kabinet Negeri akan berunding dengan pengeluar silinder yang digunakan untuk menyimpan gas petroleum cecair (LPG) bagi menurunkan harga silinder, yang akan membawa kepada penurunan harga runcit LPG.

    Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak mengambil maklum tentang kenaikan harga makanan yang menjejaskan kos sara hidup dan semua ini disebabkan oleh ketegangan geopolitik semasa yang membawa kepada inflasi import, manakala prestasi ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) merosot 0.7 peratus dalam suku pertama 2022.

    “Ekonomi di seluruh dunia telah mengalami tekanan yang besar sejak dua tahun lepas, wabak COVID turut mengejutkan dunia dan menjejaskan sistem penjagaan kesihatan, mata pencarian rakyat dan telah menyebabkan banyak ekonomi ke dalam kancah kemelesetan. Kita tahu, Sarawak turut mengalami isu serupa,” katanya.

    Menyedari ketidaktentuan itu, beliau berkata Kerajaan Sarawak telah menetapkan Strategi Pembangunan PascaCOVID-19 2030 (PCDS 2030) untuk menangani pembaharuan ekonomi negeri ketika Sarawak bergerak ke arah negeri berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2030. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -