Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Djokovic raih gelaran ketujuh Wimbledon

    LONDON, 11 JULAI – Novak Djokovic merangkul gelaran Wimbledon ketujuh dan mahkota Grand Slam ke-21 kelmarin dengan kemenangan empat set ke atas pencabar, Nick Kyrgios, yang kecewa selepas permulaan memberangsangkan.

    Pilihan utama, Djokovic, menang 4-6, 6-3, 6-4, 7-6 (7/3) untuk menyamai tujuh gelaran Pete Sampras di Kelab All England dan mencatat satu daripada lapan rekod kejuaraan pemain lelaki yang dipegang oleh Roger Federer.

    Pemain Serbia berusia 35 tahun itu kini berada satu kejayaan Grand Slam di hadapan Federer dalam persaingan sepanjang zaman dan hanya ketinggalan satu gelaran daripada 22 kejuaraan utama di belakang Rafael Nadal.

    “Saya kehilangan kata-kata dengan kejayaan ini dan trofi ini amat bermakna kepada saya,” kata Djokovic. “Ia sentiasa dan akan menjadi yang paling istimewa di hati saya,” tambahnya.

    Djokovic juga memuji Kyrgios selepas hubungan mereka yang dulu tegang kini bertambah baik di Wimbledon.

    Reaksi Novak Djokovic meraikan trofi juara selepas memenangi perlawanan akhir perseorangan lelaki pada hari keempat belas kejohanan tenis Wimbledon di London kelmarin. – AP

    Djokovic merupakan pemain keempat dalam era Terbuka yang memenangi empat kejuaraan Wimbledon berturut-turut selepas Bjorn Borg, Sampras dan Federer.

    Walau bagaimanapun, Djokovic telah melalui tahun yang agak sukar dalam meraih kejayaannya di saingan Grand Slam.

    Di antaranya ialah pengusirannya dari Australia sebelum ini merupakan atas sebab status vaksinasi COVIDnya kemudian diikuti dengan kekalahan suku akhir kepada Nadal di Terbuka Perancis.

    Keengganannya untuk mendapatkan suntikan vaksin turut akan menghalangnya daripada terbang ke Amerika Syarikat (AS) pada bulan hadapan bagi menyertai Terbuka Amerika Syarikat.

    Djokovic juga mungkin akan terlepas bermain di Terbuka Australia 2023 nanti atas sebab pembatalan visanya pada Januari lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    20 maut bas jatuh dalam gaung

    KHAPLU, 3 MEI - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh apabila sebuah bas terjunam ke dalam gaung di wilayah pergunungan utara Pakistan, kata polis hari ini. Dalam...