Monday, May 6, 2024
26.2 C
Brunei

    -

    England tempah tempat ke separuh akhir

    BRIGHTON, UNITED KINGDOM, 21 JULAI – England bangkit daripada ambang penyingkiran untuk menewaskan Sepanyol 2-1 menerusi jaringan menakjubkan Georgia Stanway selepas masa tambahan sekali gus melayakkan mereka ke pusingan separuh akhir Euro Wanita 2022.

    Gol pembukaan Ether Gonzalez telah melenturkan semangat tuan rumah, walau bagaimanapun, Ella Toone muncul sebagai penyelamat Lionesses pada minit ke-84 sebelum penyudah Stanway menjamin England ke separuh akhir dalam kejohanan utama buat kali keempat berturut-turut.

    Skuad kendalian Sarina Wiegman seterusnya akan menentang Sweden atau Belgium dalam perlawanan separuh akhir pada Selasa depan.

    England diberikan rangsangan awal perlawanan dengan kembalinya pemain bintang, Wiegman selepas diuji negatif COVID kelmarin.

    The Lionesses beraksi cemerlang di peringkat kumpulan apabila mereka mencatatkan sebanyak 14 gol tanpa balas ketika menentang Austria, Norway dan Ireland Utara.

    Reaksi pemain tengah England, Ella Toone meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol penyamaan semasa perlawanan bola sepak suku akhir Euro Wanita 2022 UEFA di Stadium Komuniti Brighton & Hove kelmarin. – AFP

    Wiegman turut mengakui semua perlawanan yang mereka lalui memerlukan tahap permainan yang sangat tinggi.

    Manakala Sepanyol telah menjadi pasukan pilihan kejohanan sebelum kecederaan menimpa pemenang Ballon d’Or, Alexia Putellas dan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman, Jennifer Hermoso dan hal itu juga telah menghalang kelancaran persiapan mereka.

    Pasukan Jorge Vilda mengalami kekalahan pertama mereka sejak 2019 kepada Jerman di peringkat kumpulan, walaupun mereka menguasai sebahagian besar penguasaan bola.

    Keupayaan Sepanyol untuk menyekat bola daripada dikawal telah mengecewakan England dan penonton stadium yang dihadiri seramai 29,000 orang.

    Sebagai rekod, England masih belum pernah tewas dalam 18 perlawanan sejak Wiegman mengambil alih tugas pada September lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...