Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kontaveit, Rublev langkah kanan

    HAMBURG, JERMAN, 21 JULAI – Pemain pilihan utama, Anett Kontaveit mara ke suku akhir Terbuka Eropah Hamburg kelmarin dengan kemenangan 6-3, 6-2 ke atas Rebecca Peterson.

    Manakala Andrey Rublev memulakan saingan dengan kemenangan dalam kategori lelaki.
    Kontaveit, yang menduduki ranking kedua dunia, mematahkan servis Peterson sebanyak lima kali dalam perlawanan pusingan kedua.

    Pemain Estonia itu seterusnya akan bersaing dengan Andrea Petkovic bagi merebut tempat ke separuh akhir.

    Ia akan menjadi penampilan kedua bagi Kontaveit dalam perlawanan suku akhir sejak Februari lalu selepas kempennya terjejas oleh jangkitan COVID pada musim bunga.

    Sementara itu, pilihan keempat, Aliaksandra Sasnovich menang 6-3, 6-2 menentang Aleksandra Krunic untuk mengadakan pertemuan suku akhir dengan pilihan ketujuh, Maryna Zanevska.

    Dalam aksi perlawanan tenis lelaki, Rublev menghasilkan 12 ace dalam kemenangan pusingan pertama 6-3, 6-4 ke atas Ricardas Berankis. Ia adalah perlawanan pertama Rublev di Hamburg sejak memena-ngi Terbuka Hamburg 2020. Pemain Rusia yang menduduki tempat kelapan itu seterusnya akan berdepan Francisco Cerundolo.

    Manakala pilihan keempat, Pablo Carreno-Busta terpaksa akur dengan kekalahahan 6-3, 1-6, 7-6 (5) dalam perlawanan pusingan kedua menentang Alex Molcan, yang mara ke pertemuan suku akhir untuk bertemu Borna Coric. – AFP

    Aksi Andrey Rublyov semasa perlawanan pusingan pertama perseorangan lelaki di Terbuka Eropah Hamburg, di Hamburg, Jerman kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...