Wednesday, May 8, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Feyenoord terus ungguli Liga Eredivisie

    ROTTERDAM, BELANDA, 23 JAN – Feyenoord berada di pertengahan dalam kedudukan teratas musim liga kelmarin, walaupun seri 1-1 di laman sendiri menentang juara bertahan Ajax Amsterdam.

    Kelab Rotterdam itu, yang kali terakhir memenangi kejuaraan pada 2017, mengungguli Eredivisie dengan 38 mata, dua mata di depan AZ Alkmaar dan PSV Eindhoven satu mata di belakang. Ajax ketinggalan di tempat kelima dengan 33 mata, hanya di belakang Twente.

    Pasukan tuan rumah mendahului dengan rembatan hebat daripada pemain sayap Brazil, Igor Paixao selepas 34 minit tetapi diikat kembali pada separuh masa kedua dengan jaringan pemain antarabangsa Belanda, Davy Klaassen.

    Ajax gagal mencatat kemenangan liga sejak 22 Oktober dan tersingkir di Liga Juara-Juara peringkat kumpulan.

    Alfred Schreuder, yang menggantikan Erik ten Hag sebagai jurulatih, telah berdepan kritikan sejak beberapa minggu kebelakangan selepas permulaan kucar-kacir untuk mempertahankan gelaran mereka.

    Namun Ajax sedang melalui musim peralihan selepas musim panas yang sibuk di mana mereka menjual pemain bernilai 200 juta euro. – AFP

    Aksi penyerang Feyenoord, Oussama Idrissi (kiri) berebut bola dengan pemain tengah Ajax dari Ghana, Mohammed Kudus semasa perlawanan Liga Eredivisie di Feyenoord Stadion de Kuip di Rotterdam. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...