Monday, May 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Perebutan gelaran Liga Beyblade semakin sengit

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Perebutan untuk menjadi juara Liga Beyblade Brunei Darussalam semakin mendebarkan setelah Awang Jukarnain bin Haji Husin daripada Pasukan Santai Aja Bladers berjaya mengutip tiga mata penuh setelah menjuarai pertandingan Beyblade GT Layer Battle di Wasai Limuru, Tanah Jambu.

    Pada ketika ini, saingan Liga Beyblade Brunei Darussalam tertumpu kepada dua pasukan teratas di mana Pasukan Santai Aja Bladers mengutip 114 mata diikuti rapat oleh Pasukan Underground Beys dengan memperoleh 111 mata dengan hanya berbaki empat perlawanan yang dijadualkan berakhir pada penghujung Februari nanti.

    Dalam perebutan Liga Beyblade Brunei Darussalam, enam buah pasukan menyertai saingan iaitu Jakusha Bladers, Underground Beys, Ghostbeys, Santai Aja Bladers, Beyblade Community Brunei dan Hageishi Bladers.

    Sementara itu, dalam perlawanan GT Layer Battle anjuran Underground Beys itu, tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Awang Mimi Nazuwan bin Ibrahim daripada Jausha Bladers dan Haji Rosaimi bin Haji Lamit daripada Pasukan Ghostbeys menduduki tempat
    keempat.

    Manakala hadiah sagu hati (lapan teratas) masing-masing dimenangi oleh UG Massuny, JB Amiruddin, GB Nur Ishfa, GB Haji Rosaimi.

    Gambar ramai para pemenang dalam pertandingan Beyblade GT Layer Battle. – Gambar serahan Underground Beys
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...