Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Fun at The Hub hingga 18 Disember

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Bahyiah Bakir

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Bagi memeriahkan cuti penggal persekolahan penghujung tahun, Jabatan Muzium-muzium (JMM) dengan kerjasama Sparks Co mengadakan aktiviti Fun at The Hub mulai hari ini hingga 18 Disember di Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja, di ibu negara.

    Perasmiannya disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), timbalan setiausaha tetap dan pengarah-pengarah di KKBS.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bersama pegawai-pegawai kanan lain semasa bergambar ramai.
    Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan melawat ke salah satu vendor ‘Fun at The Hub’.

    Aktiviti itu diungkayahkan untuk menggalakkan orang ramai terutama penduduk setempat mengunjungi hab tersebut bagi mengetahui tentang sejarah Negara Brunei Darussalam sebelum dan selepas penemuan minyak dan gas bagi memupuk penghargaan kepada khazanah warisan negara.

    Selain JMM, ia melibatkan jabatan-jabatan dalam sektor kebudayaan iaitu Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, KKBS, Pusat Sejarah Brunei dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Aktiviti tambahan turut disediakan untuk menarik minat orang ramai hadir dan mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijadualkan.

    Dengan aktiviti berkenaan, ia turut mendukung matlamat Keluarga Kebangsaan yang memfokuskan kepada tema ‘Bersama Memeduli Keluarga’ untuk menggalakkan setiap ahli keluarga meluangkan masa yang berkualiti bersama.

    Matlamat yang ingin dicapai ialah menyatukan, menyantun dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dengan penuh rasa kasih sayang, tanggungjawab serta memupuk rasa hormat-menghormati dalam diri setiap keluarga.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tindakan China undang bahaya terhadap helikopter tentera laut Australia

    MELBOURNE, 6 MEI - Australia telah mengemukakan bantahan kepada Beijing bahawa sebuah jet pejuang China telah membahayakan sebuah helikopter tentera laut Australia dengan suar...