Sunday, May 19, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Hargai sukarelawan PBSM dalam suasana Hari Raya

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MEI – Jasa, pengorbanan dan khidmat bakti para sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam diiktiraf serta diraikan dalam Majlis Penghargaan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri PBSM Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada sukarelawan ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin.

    Turut hadir ialah Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam, jemputan khas, para sukarelawan serta ahli-ahli PBSM.

    Sekretari Jeneral, PBSM Brunei Darussalam, Ir Simon K A Leong dalam ucapan alu-aluannya menyatakan penghargaan kepada semua pihak dan sukarelawan yang telah menaburkan bakti serta khidmat untuk sama-sama memainkan peranan dalam menjayakan pelbagai aktiviti, acara serta kegiatan amal yang telah dilaksanakan.

    Beliau turut menyatakan bahawa terdapat pelbagai perancangan telah disusun bagi 2024 termasuk penganjuran bazar antarabangsa buat kali pertama di Brunei yang akan diadakan pada suku ketiga 2024.

    Majlis turut menyaksikan Haji Maswadi menyempurnakan penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada para sukarelawan yang diraikan.

    ATAS & BAWAH: Haji Maswadi menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada para penerima. – GAMBAR SERAHAN BULAN SABIT MERAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
    GAMBAR SERAHAN BULAN SABIT MERAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...