Wednesday, May 8, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Gol Diaz, Salah bantu Liverpool rapatkan jurang

    BRIGHTON, 13 MAC – Jurgen Klopp menunggu dengan gelisah mengenai tahap kecergasan Mohamed Salah selepas Liverpool merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City kepada hanya tiga mata setelah mencatatkan kemenangan 2-0 menentang Brighton, semalam.

    Luis Diaz membuka jaringan pada separuh masa pertama dan Salah menyempurnakan sepakan penalti setelah babak kedua bersambung pada perlawanan berlangsung di Stadium Amex.

    Pasukan kendalian Klopp berjaya memenangi lapan perlawanan terakhir mereka di EPL, memberikan tekanan ke atas City, yang bakal bermain menentang Crystal Palace pada Isnin.

    Klopp pada Jumaat berkata ia terpulang kepada Salah untuk menandatangani perjanjian baharu, dakwaan yang disusuli dengan ciapan oleh ejen penyerang itu dengan siri emoji ketawa beberapa minit kemudian.

    Nilai jangka panjang Salah kepada Liverpool adalah sangat besar, tetapi kebimbangan ketika ini buat Klopp ialah kecederaan yang dialami pemain itu di mana Salah telah digantikan oleh Diogo Jota beberapa minit selepas dia meledak gol pertama dalam empat perlawanan.

    Reaksi Mohamed Salah meraikan gol melalui sepakan penalti untuk membantu pasukan menundukkan Brighton di Stadium Amex, kelmarin.- AP

    Ujian dengan kunjungan ke Arsenal menanti pada Rabu diikuti dengan perlawanan suku akhir Piala FA di Nottingham Forest, Klopp akan berharap pemain bintangnya itu dapat pulih dengan segera.

    “Ada sesuatu yang tidak kena. Saya rasa kakinya mengalami kecederaan. Kita akan tunggu dan lihat,” kata Klopp.

    Sementara prestasi City berada dalam keadaan yang baik, siri kemenangan Liverpool turut membanggakan.

    The Reds berjaya menjaringkan 21 gol dan hanya bolos dua kali semasa mencatatkan kemenangan berturut-turut, dan turut mencatatkan deretan tiga perlawanan tanpa dibolosi buat kali pertama pada musim ini.

    Apabila Salah meledak gol melalui sepakan penalti, ia telah membuatkan Liverpool menjadi kelab kedua untuk menjaringkan 2,000 gol di EPL, mengikut rekod yang dipegang oleh Manchester United. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...