Tuesday, May 7, 2024
24 C
Brunei

    -

    Saya sedia lepaskan jawatan – Muhyiddin

    KULAI, 13 MAC – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sedia bertanggungjawab atas kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dan melepaskan jawatan sekiranya itu yang dimahukan oleh pimpinan parti gabungan itu.

    “Saya bersedia jikalau itu yang ahli dan pimpinan parti buat keputusan, kerana kedudukan saya adalah persetujuan pimpinan PN.

    “Saya terima kerana kita (PN) mengamalkan sistem demokrasi dan itu adalah hak ahli parti atau parti komponen PN,” kata Presiden Bersatu itu dalam sidang media mengenai keputusan PRN Johor.

    Bekas Perdana Menteri itu, akur dengan kemenangan Barisan Nasional (BN).

    “Kami menang, kami kalah saya bertanggungjawab. Amanah saya pikul dan kalau ada rasa terkilan, saya terima. Saya dah buat terbaik dan semua kita sudah bekerja keras,” katanya.

    Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman mengundi pada Pilihan Raya Negeri Johor di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muar, semalam. – Bernama

    Muhyiddin berkata sebagai parti gabungan baharu yang bertanding pada pilihan raya, PN menghormati sistem demokrasi dan menerima keputusan rakyat Johor, yang telah memilih BN untuk menerajui negeri berkenaan.

    Meskipun PN hanya memenangi tiga kerusi daripada 56 dipertandingkan iaitu di DUN Bukit Kepong, Endau dan Maharani, namun secara umumnya parti gabungan itu diterima baik malah mendapat sokongan daripada pengundi Johor.

    “Tahniah kepada semua calon yang bakal menjadi YB (Yang Berhormat). Kita harap mereka akan jalankan amanat yang diberikan kepada mereka dengan baik, berkesan dan mampu memajukan kawasan masing-masing.

    “Kempen kita sudah laksanakan dalam tempoh PRN ini berjaya tarik perhatian rakyat Johor, cuma ia tidak mendapat cukup bilangan. Ini adalah petanda bahawa kita diterima cuma tidak sebesar diharapkan namun perjuangan akan diteruskan,” tambahnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...